Monday, December 27, 2010

Ape yang dibuat mase cuti? Mari kita lihat.....


Assalamu’alaikum & hai hai hai…^_^

Hurm, cuti semester dan cuti sekolah da nak sampai ke penghujung…Minggu depan ramai la yang balik ke tempat belajar masing-masing…Termasuk la kami berempat…Kak Mimi & Intan balik ke UTM Skudai, Fira balik ke UiTM Seri Iskandar, Yasmin pulak minggu depan da start masuk sekolah Durian Daun (nak masuk darjah 5)…

Sepanjang cuti ni, Intan ade la beberapa aktiviti yang cambest…Ada juga la benda berfaedah yang Intan da buat waktu cuti ni (terisi gak masa terluang aku)…^_^

1. Membaca

Buku-buku yang telah dibeli...komik pun ade...^_^
Haa, membaca…Mesti kebanyakan orang pun akan buat aktiviti ni…Daripada tak buat ape-ape, dok depan TV 24 jam, baik la kite baca buku…Boleh tambah ilmu sikit…Sepanjang cuti sebulan ni, Intan ada beli 4 buku…Tapi, sume pun tak habis baca lagi…hahaha…Eh, ada satu, buku komik da abis baca…Ngeh ngeh ngeh…Takpe, takpe…Lagi 3 buku boleh baca masa kat UTM nanti…^_^

2. Mengait

Mari mengait, macam nenek-nenek...Eh, orang-orang muda pun ade gak mengait...
This is my favourite hobby! Kalau ade masa dan ada mood, memang boleh mengait sampai pagi…Nak belajar? Boleh je…^_^…Hari tu sempat mengait Tote Bag dengan muffler je…Sape nak pakai?^_^…

3. Memasak

Design cupcakes hasil daripada 4 pasang tangan adik-adik manis...^o^
Memang terasa malas nak masuk dapur…Tapi bila kena paksa dengan mama, memang la tak boleh nak ingkar…Terpaksa la belajar memasak jugak dengan mama…^o^…Walaupun mula-mula rasa malas ya amat, tapi last-last rasa best sangat…(^^,)…Lagi-lagi kalau masak dengan penuh kasih saying…Wah! Ayat tak boleh blah…Keh keh keh…Waktu cuti ni belajar dua masakan kot…Mash potato dengan sos blackpepper, satu lagi buat cupcakes…Ehe, cupcakes tu Kak Mimi yang buat, Intan tukang tolong design je…hehehehe…

First time cupcakes klua dari oven
Memerah keringat membuat hiasan cupcakes...(eleh, poyo je memerah keringat)
These are my design...hahaha...boleh la, first time buat...^o^
Ni pulak Mash Potato dengan Blackpepper Sauce...My speciality...Da 'terer' buat...

4. Pegi jalan-jalan

Taman Seribu Bunga di Ayer Keroh, Melaka
Cuti ni hujung tahun ni memang mama dengan ayah tak bawa pergi bercuti mana-mana tempat sebab mama dengan ayah dah bawa satu family pergi buat umrah pada bulan 6 yang lepas…Kiranya itu adalah percutian ‘TERBESAR & BERMAKNA’ untuk kitorang…Jadinya, kitorang adik-beradik pun jalan-jalan la dalam Melaka je, pegi Taman Seribu Bunga, pegi Mydin, Giant, Jusco…Ehe, pegi supermarket tu kira berjalan-jalan jugak la, kan?…

Nama pun Taman Seribu Bunga, so memang banyak bunga la...(",)
Bunga Orkid
Here we are...!
Hujung minggu pulak, mama dengan ayah bawa pergi KL sebab kat sana ramai sedara-mara…So, boleh la berjumpa dan bergebang-gebang…^_^…Minggu lepas, kitorang sempat jugak pergi Pesta Buku dekat PWTC…Tu yang boleh ada banyak buku tu…Rasa macam nak beli je semua buku tapi hakikatnya itu adalah nafsu semata-mata…hahahaha!

Tengok...Sasterawan Negara, A. Samad Said pun ada....
Sesi rehat sebentar sebab penat berjalan dekat Pesta Buku
Ini adalah sebahagian daripada pembelian buku yang dibeli...hehehe...Kasi 'posing' sikit...

5. Kemas rumah

Bak kata ayah, “Kat rumah nama je ada 4 orang anak perempuan tapi tak reti nak kemas rumah.”…Alamak! Ayah da marah la…Kena la menyapu, mengemas, mengelap, membasuh…Kalau tak, nanti kena tegur lagi…^_^

6. Main ‘keyboard’

Hehe…main ‘keyboard’ ni skali-skala je…Tu pun sebab adik bongsu, Yasmin masuk kelas ‘keyboard’…So, join sekaki la main skali…Hahaha…Minta tolong dia ajarkan…Kadang-kadang main ikut syok sendiri…Ngee~~

7. Mengadap Laptop

My pecious laptop...Love it very mucho!
Aktiviti ni memang tiap-tiap hari tak boleh tak buat…kuang kuang kuang! Ade je benda yang nak di buat…Main game la, layan facebook la, tengok video la, tengok movie la…Siap boleh berebut dengan adik-adik lagi tu..Hehehe…Best berebut dengan diorang ni…^o^

8. Tengok cite "Putera Katak"



I cannot miss the drama! Tapi kadang-kadang ter'miss' jugak...Walaupun cerita tu hanyalah dongeng semata-mata, but I love it!...Heh heh heh, nampak sangat pemikiran tak matang, macam budak-budak...^o^

Err, agak-agak korang nak trime de tak kalau katak ni bukan putera raja???
Rasenye ada banyak lagi aktiviti yang di buat tapi selalunya aktiviti-aktiviti yang kat atas ni la yang selalu dihabiskan waktu...Jadi, ape aktiviti anda semua waktu cuti yang lepas?Harap masa-masa terluang itu korang habiskannya dengan aktiviti yang berfaedah...^_^


Selamat Belajar Kembali & Selamat Buka Sekolah!

Wednesday, December 15, 2010

Bentuk Kaki Yang Cantik? Cuba tengok...

Assalamu’alaikum… Allo…allo…
SNSD or Girls Generation
Ari ni nak share pasal macam mana nak dapatkan bentuk kaki yang cantik… Err, yang ni sebenarnya hanya perkongsian untuk menjaga kesihatan anda semua ye…^o^… Mungkin ianya sesuai untuk perempuan… Kalau lelaki nak ikut, boleh jugak, tapi jaga mata ye…^_^

Erm, aku rajin gak tengok video-video kat YouTube pasal artis-artis Kpop ni… Biasa la, aku dan adik-adik, Fira and Yasmin agak fanatik sikit dengan dunia Kpop ni… Tapi rasanya Fira dan Yasmin lagi fanatik kot... Haha… (Urm, except my eldest sister… Kakak tak sangat laa…) Asal ada lagu baru je mesti update video and lagu tu…^_^

Pastu, adikku yang ke-3 ni, Fira, pun buka la satu video reality show/talent show Korea ni… Popular jugak la, nama program tu ‘Star King’… Tiba-tiba, ada video pasal girl’s group yang cumil-cumil ni, SNSD atau nama lainnya Girls Generation, buat exercise macam mana nak dapat bentuk kaki yang cantik… Group ni memang terkenal dengan group kaki cantik…Hehehe…

Ini adalah bukti-buktinya...^o^




Dalam group SNSD ni ada 9 ahli… Yang ada dalam video tu Tiffany, Yuri (I like her the most… Omo! ^o^), Sunny dan Jessica… So, dalam 4 orang tu, kaki Tiffany paling cantik sampai dia diberi gelaran “The Most Gorgeous Thigh”

Time lagu "Oh!"
Time lagu "Run Devil Run"... Suka lagu ni...^_^
Ni masa lagu terbaru, "Hoot"

Jadinya, dalam video tu, trainer kepada Tiffany ni tunjukkan cara-cara nak dapatkan kaki yang cantik macam dia… Alaa, senang je nak buat… Cuba la korang try buat kat rumah ke, kat bilik ke, kat tanah lapang ke… Tak susah pun…

SNSD Workout

Err, korang cuba jela ye... Tapi nak kata menjadi tu tak tau la, mungkin kena buat secara berterusan... Untuk dapatkan kaki yang cantik seperti mereka, cuba la ye…^_^

Monday, December 13, 2010

Kisah si Rubah yang Cantik...


“My Girlfriend is a Gumiho….”


Omo…! Sukaaaa sangat cerita ni…Cute!...^_^... Setelah selama 3 hari bertapa di dalam bilik pada malam hari, akhirnya abis gak tengok cerita ni… Selalunye Intan (guna nama yang slalu digunakan di rumah…hehehe…) malas nak tengok sangat sebab cerita Korea, faham-faham jela…Lama sangat nak tunggu episod tu abis…Nak bersengkang mata depan laptop, nanti mata rosak (kalau main game takpe pulak…ish ish ish)…Tapi bile 1st time tengok, klakar abis…^_^

Cerita ni tak la terlalu romantik macam cerita Omputih (cerita Omputih tu romantik terlampau!)…Senang cakap, memang best la cerita ni…Hehehe…

Lee Seung Ki as Cha Dae Woong


Sangat suka bila dia berlakon sebagai Dae Woong…Dari seorang yang sangat suka berfoya-foya dan suka perabih duit datuk dia, kerana seorang perempuan, atas dasar tanggungjawab de berubah menjadi seorang yang baik…Err, mula-mula dia buat baik tu ada makna sebenarnye…Hehehe…Macam ‘Ada Udang di Sebalik Mee’ gitu…^_^…Comel comel comel…

Shin Min Ah as Gumiho


Karakter yang comel...^_^…Disebabkan dia seekor rubah yang bertukar menjadi manusia, Gumiho merupakan seorang yang sangat lurus bendul…Yela, sebab dia binatang, kan…Pemikiran pun macam binatang jugak… Suka tengok dia berlakon sebab dia suka buat mimik muka yang comel!...^_^…

No Min Woo as Park Dong Joo

Haaa…Dalam banyak-banyak, paling suka dengan si Dong Joo ni, si penjahat yang sangat ‘man’, hahahahaha…Karakter dia sebagai seorang yang sangat misteri dan…., sangat hensem…Omo! Takleh nak tengok dia lama-lama…Berdarah hidung (serious ayat dalam komik…hehehehehe)…^o^…Dong Joo ni mula-mula nak bunuh si Gumiho yang bertukar jadi manusia tu, tapi alih-alih tak jadi…Sebabnya, muka Gumiho tu macam kekasih lama dia 500 tahun dulu…Adeh, gitu pulak…

Park Soo Jin as Eun Hye In

Hurm, paling tak suka si 'Noona' ini…Ish, rasa nak picit-picit je…Sebab penyibuk sangat…Tapi, dia berlakon memang mantap la sebab dia berjaya membuat orang rasa menyampah kat dia…Hahahaha, ini memang puji betul-betul…Tak tipu…^o^

Hurm, siapa-siapa peminat yang biasa-biasa atau yang Kipas-Susah-Mati cerita-cerita Korea, disarankan untuk tengok cerita ‘My Girlfriend is a Gumiho’ ni…^_^
Meh, kita tengok gambar-gambar comel mereka…('',)

 Dae Woong rindu dekat Gu Mi Ho

Teacher Dong Ju yang sangat 'man'...hahahaha...


Si cantik Gu Mi Ho...^_^


Si comel Dae Woong


Tu dia...Dah keluar dah ekor si rubah ni yang ada 9 kesemuanya.


Bila waktu bulan mengambang je ekor dia keluar...


Dae Woong dan Gu Mi Ho sedang bercanda...Ecececeh

Happy couple!...^o^

 
 Selamat Menonton!...^_^

Tuesday, December 7, 2010

Mash Potato with Blackpepper Sauce....^o^


Aii, aii sume…

Hmm…Sempena cuti Maal Hijrah semalam, me and my family dok umah je…Tak pegi mane-mane pun…Saje, seronok bile satu family kumpul, kan?...^_^… Jadinye, semalam pun aku bercadang untuk membuat “Mash Potato ‘n’ Blackpepper Sauce”…Haha, sementara ada ubi kentang lebih…Eh, ini bukan ubi kentang biase, tau…Gune yang russet potato punye…Sebab lebih lembut dan sedap…^_^

Lepas tu, my mum pulak ada idea lain…”Apa kata kite buat Chicken Chop? Kan nak buat mash potato? Alang-alang da buat blackpepper sauce tu, boleh la tuang atas ayam Chicken Chop tu skali…^_^…”…My mum kalu da planning tu, memang la kena buat…Jangan la ingkar arahan, nanti berdosa…hoho…^o^

Nasib baik la Kak Heir ada (P.R. stands for Pembantu Rumah ), so de tolong setelkan bahagian goreng Chicken Chop tu…Hmm, Chicken Chop da ada, mash potato pun da ada…macam ada satu tertinggal…Owhh, kakak ku mengingatkan…”Jangan lupe Coleslaw dengan French Fries…”…Haha, punye la nak makan…Takpe, takpe…kite sume kena bersatu hati! Yeaaah!...Erm, yang bahagian coleslaw tu akak aku yang buat…wheww…

Bermula la ‘perang’ di dapur…Nasib baik buat mash potato tu senang je, tapi tangan ade tergeliat sikit la sebab kena godek-godek de…hahaha…^_^…Hmm, lepas da abis godek-godek, da letak dalam bekas, kena la bakar dalam ketuhar dalam 20 minit…



Sementara nak siap bakar tu, aku pun berlari la ke atas untuk solat Zuhur…Lepas abis solat, aku pun berlari la ke bawah untuk tengok perkembangan my mash potato…Tetibe…, “Assalamu’alaikum…?”…Eh, ade orang bagi salam…sape tu? Kak Heir pun pegi la tengok…Owh, rupenye Abang Syam (sedara dari Taiping, tapi duduk kat Melaka…dekat je dengan rumah…) dengan anak-anaknye… Alemmmaakkk! Cepat lariiii, hehehe…Lari pakai tudung sebenarnye…

Pastu, my mama dengan ayah pun turun dok gebang-gebang…^_^…Lepas tu, mama sro hidang mash potato tu dekat Abang Syam…Alamak, blackpepper sauce tak buat lagi…Hmm, takpe takpe…sekejap je buat sos tu (psiko diri sendiri…)…^_^…Sekali lagi, ber‘perang’ la dekat dapur dengan pantas dan cekapnya (ecece, perasan betul…^o^)…



Aku pun keloi (panggil) la mama yang tengah bersembang dengan tetamunye, “Mama, da siap…”…Orait, dengan rase rendah dirinye aku pun pegi la jamu mash potato with that blackpepper sauce dekat Abang Syam dan anak-anaknye…Ish, berdebar jugak rasenye bile nak tengok reaksi orang makan masakan kite ni…Haha…Bile Abang Syam da makan dan de kate sedap, terus rase happyHappy sebab orang lain dapat makan makanan yang sedap…Tak kisah sebenarnye sape yang masak, tapi bile orang lain puji masakan sedap dalam hati ni rase happy sebab orang yang makan tu happy…Siap tambah lagi…Rupenye macam tu la my mama rase bile orang makan and puji sedap…Cuma terkilan anak-anak Abang Syam tak makan…Uhuukk!...TT_TT…

Lepas Abang Syam balik, kakak and P.R kitorang menjalankan tugas yang seterusnya iaitu membuat coleslaw, goreng ayam dengan French friesMy part da siap da, so aku pun duduk la berehat…hikhik…^_^



Pastu, waktu malam pulak kitorang makan la ala-ala Western food…Chicken chop, mash potato with blackpepper sauce, French freis and coleslaw…Air?? Fresh mango, hahaha…Air pun nak ala western jugak (boleh je nak sebut air mangga…)…Ish ish ish…



Pastu, tanye la ayah, “Ayah, macam mana dengan mash potato? Ok tak?”…Ayah pun kate, “Ok…Sedap…”…Mama pun tambah, “Ayah kate Intan lulus…^o^…”…Hihik, tengs mama and ayah, kakak, adik-adikku dan juga P.R ku yang makan mash potato itu dengan sangat berselera…Tak sampai 5 minit da abis…Muahahaha…I love you all! Muah muah…..

Monday, December 6, 2010

Salam Maal Hijrah 1423...^_^


Assalamu’alaikum & Salam Sejahtera semua…^_^

Waahhh…Pejam celik pejam celik, Maal Hijrah dating lagi…Trase baru je lagi Maal Hijrah 1431…Sekarang da masuk Maal Hijrah 1432 pulak…Hurm…

Pape pun sekarang kena la buat perubahan untuk ke arah yang lebih baik…Eh, bukan dulu tak baik, cume rasenye ada jugak prangai yang pelik-pelik and prangai yang kurang baik telah di buat…(^_^’)…Jadi kena la perbaiki dari sekarang…kate tahun baru, kan?

Harap rakan-rakan yang lain pun buat la perubahan untuk ke arah yang lebih baik jugak ye…mane la tau, dulu ade cakap kasar-kasar ke…tahun baru ni kite cakap dengan lebih berhemah (nak suruh secara lemah-lembut, nanti trase macam geli pulak…^o^)…dulu rase malas nak buat kerja ke, tahun ni rajin-rajin la sikit…dulu rase liat nak solat ke, tahun ni rajin-rajin la bersolat…(upss!...^_^)…Bukan ape, sesame manusia perlu beringat sesame sendiri…^_^

Bila masuk tahun baru Islam ni, tetiba tringat perjuangan yang Rasulullah S.A.W dah lakukan untuk umat Islam…bila tringat  Sirah Nabi kembali, terase cam nak nangis…wuuuu wuuuu…(dulu takde kesedaran, so dulu tak terasa sangat nak sambut Maal Hijrah…ngee~~…better late than never!)

So, untuk Maal Hijrah 1432 ni, jom kite hayati same-same pengorbanan yang sangat besar yang telah Baginda lakukan untuk kite sume…^o^