Omo…! Sukaaaa sangat cerita ni…Cute!...^_^... Setelah selama 3 hari bertapa di dalam bilik pada malam hari, akhirnya abis gak tengok cerita ni… Selalunye Intan (guna nama yang slalu digunakan di rumah…hehehe…) malas nak tengok sangat sebab cerita Korea, faham-faham jela…Lama sangat nak tunggu episod tu abis…Nak bersengkang mata depan laptop, nanti mata rosak (kalau main game takpe pulak…ish ish ish)…Tapi bile 1st time tengok, klakar abis…^_^
Cerita ni tak la terlalu romantik macam cerita Omputih (cerita Omputih tu romantik terlampau!)…Senang cakap, memang best la cerita ni…Hehehe…
Lee Seung Ki as Cha Dae Woong
Sangat suka bila dia berlakon sebagai Dae Woong…Dari seorang yang sangat suka berfoya-foya dan suka perabih duit datuk dia, kerana seorang perempuan, atas dasar tanggungjawab de berubah menjadi seorang yang baik…Err, mula-mula dia buat baik tu ada makna sebenarnye…Hehehe…Macam ‘Ada Udang di Sebalik Mee’ gitu…^_^…Comel comel comel…
Shin Min Ah as Gumiho
Karakter yang comel...^_^…Disebabkan dia seekor rubah yang bertukar menjadi manusia, Gumiho merupakan seorang yang sangat lurus bendul…Yela, sebab dia binatang, kan…Pemikiran pun macam binatang jugak… Suka tengok dia berlakon sebab dia suka buat mimik muka yang comel!...^_^…
No Min Woo as Park Dong Joo
Haaa…Dalam banyak-banyak, paling suka dengan si Dong Joo ni, si penjahat yang sangat ‘man’, hahahahaha…Karakter dia sebagai seorang yang sangat misteri dan…., sangat hensem…Omo! Takleh nak tengok dia lama-lama…Berdarah hidung (serious ayat dalam komik…hehehehehe)…^o^…Dong Joo ni mula-mula nak bunuh si Gumiho yang bertukar jadi manusia tu, tapi alih-alih tak jadi…Sebabnya, muka Gumiho tu macam kekasih lama dia 500 tahun dulu…Adeh, gitu pulak…
Park Soo Jin as Eun Hye In
Hurm, paling tak suka si 'Noona' ini…Ish, rasa nak picit-picit je…Sebab penyibuk sangat…Tapi, dia berlakon memang mantap la sebab dia berjaya membuat orang rasa menyampah kat dia…Hahahaha, ini memang puji betul-betul…Tak tipu…^o^
Hurm, siapa-siapa peminat yang biasa-biasa atau yang Kipas-Susah-Mati cerita-cerita Korea, disarankan untuk tengok cerita ‘My Girlfriend is a Gumiho’ ni…^_^
Tu dia...Dah keluar dah ekor si rubah ni yang ada 9 kesemuanya.
Bila waktu bulan mengambang je ekor dia keluar...
Bila waktu bulan mengambang je ekor dia keluar...
Happy couple!...^o^
Selamat Menonton!...^_^
No comments:
Post a Comment