Tuesday, January 25, 2011

Jangan Suka Bersangka-sangka...^_^

MENGAPA SUKA SANGAT BERSANGKA-SANGKA ? 

Orang beribadah disangka riak 
Orang yang ‘relax’ disangka malas 
Orang yang pakai baju baru disangka menunjuk-nunjuk 
Orang yang pakai baju buruk disangka zuhud (hina) 
Orang makan banyak disangka pelahap 
Orang yang makan sikit disangka diet 
Orang baik disangka buruk 
Orang buruk disangka baik 
Orang senyum disangka mengejek 
Orang masam disangka merajuk 
Orang bermuzakarah disangka mengumpat 
Orang diam disangka menyendiri 
Orang menawan disangka pakai susuk 
Orang nampak ceria disangka membela 
Orang menegur disangka membebel 
Orang membebel disangka mulut murai... 

Mana tahu.... 
Yang diam itu kerana berzikir kepada Allah
Yang senyum itu kerana bersedekah
Yang masam itu kerana mengenangkan dosa
Yang menawan itu kerana bersih hati dan mindanya
Yang ceria itu kerana cergas
Yang menegur itu benar-benar ikhlas
Yang membebel itu sedang menasihatinya.


Jadi, jangan la suka bersangka-sangka ye...Fikir la yang positif...Tak semua benda adalah negatif...Kesian pada sape-sape yang nak buat baik tapi di sangka nak buat jahat...Uhukk!...^_^

Thursday, January 20, 2011

The SEPians :: Lawatan Industri...^_^

Assalamu’alaikum & halosszz my frenszzz…

Aweks 3-SEP
Haaa, hari ni nak cerita pasal course Intan yang telah buat lawatan industri hari Jumaat yang lepas, kira seminggu yang lepas jugak la…Ngee~~, ingatkan nak update hari tu tapi letih sangat…Pastu, tenet lak buat hal…>_<…Hehehe, alasan betul!

Ok la, secara ringkasnya course SEP (Sarjana Muda Elektronik Perubatan, nak rasa sedap sikit panggil Medical Electronic…^o^) yang terdiri daripada Tahun 1, 2 & 3 telah bersama-sama pergi menimba ilmu dengan mengikuti lawatan industri di Kuala Lumpur dan melawat ke beberapa tempat iaitu Radicare, Alpha Specialist Centre & HUKM. Semua skali yang pergi adalah 70 orang…Ramai gak, kan? Tapi pegi ramai-ramai la yang seronok…^_^

Hehe...ni lepas kitorang solat Subuh n we are ready to go...^_^
So, pagi Jumaat tu dalam pukul 4 pagi kitorang singgah kat Masjid UTMKL untuk mandi-mandi & solat Subuh…Eh, macam ape je ayat mandi-manda...Dalam pukul 8 pagi, kitorang dah bergerak ke destinasi pertama iaitu Radicare dengan Alpha Specialist Centre…Sebelum tu kitorang dah dipecahkan kepada 2 bahagian, separuh pelajar pergi ke Radicare and yang separuh lagi pergi Alpha Specialist Centre (panjang sangat la nama de…) Jadi saya adalah orang yang tergolong orang yang pergi ke Alpha Specialist Centre…

Sampai sudeh kat Alpha Specialist Centre
Bergambar jap depan hospital ni...^_^
Alpha Specialist Centre (kita panggil ASC la ye…^_^) baru je buka kat Kota Damansara dalam 3 tahun gitu…So, kebanyakan medical devices yang diorang pakai still baru lagi…Kira banyak juga input yang dapat kat sana, even doctor and staff kat sana pun tak lokek untuk berkongsi ilmu…

Adik-adik Tahun 1-SEP yang pegi ke ASC
Bone Densitometry Scan - mengukur kandungan kalsium dalam tulang
Mammogram - mengesan kehadiran breast cancer
Dr. 'amoi' ni menunjukkan cara penggunaan mammogram yang di buat kepada pesakit.
Alat ni digunakan untuk menghalang Dr. yang bertugas daripada terkena sinaran radioaktif
Tulang tiruan ni guna tulang yang betul dengan sedikit campuran bahan lain untuk calibration pada Bone Densitometry Scan.
CT Scan (Computerised Tomography)
Kaunter utama di ASC
Gastroscopy - alat untuk melihat di dalam perut, kerongkong & duodenum
Cara nak basuh Gastroscopy...nak basuh de pun agak complicated dan kena berhati-hati.
Sebelah kiri, Cik Mitra, pensyarah pengiring kami...hehehe...sebelah kanan, ketua di ASC.

Waktu tengahari pulak, kitorang pergi ke destinasi seterusnya iaitu ke HUKM…Setibanya di HUKM tu, kitorang gi makan dulu, hahaha…Sebab dari pagi lagi kitorang tak makan nasi, jadi jawabnya tengahari tu memang la mencari nasi…Lapaaaaaaaaar!

Dalam pukul 3 gitu, kitorang di bawa masuk ke satu tempat (rasenye macam dewan kuliah kot) untuk mendengar taklimat serba-sedikit tentang Biomedical Engineering…Ceewahh, skema betul ayat…Bila dengar penerangan yang di beri, terasa bagai di suntik satu semangat baru untuk lebih menyukai course Medical Electronic ni…Walaupun background saya ni tak pernah blaja subjek Biologi (sebab dulu Sekolah Teknik, blaja elektrik je…) dan memandangkan course ni memerlukan kita belajar biologi, tapi bak kata senpai saya, "From zero to hero!" Hahaha…Saya akan berusaha untuk ke arah itu ye…^_^

Yang tengah tu engineer dari unit Biomedical Engineering di HUKM...sangat sempoi!^_^
Hurm, berbalik cerita dekat HUKM ni pulak...Agak sedey juga bila kitorang tak boleh ambil sebarang gambar semasa lawatan...Diorang nak jaga kualiti mesin diorang koooot...Tapi takpe la, tangkap gambar kat luar bangunan HUKM pun jadi la...hehehe...^_^ 

Posing kat depan ni pun jadi la...hihihihi...^o^
Geng-geng 3-SEP
The SEPians...eh,macam pelik je bunyinye...urm,biar la...hehehe...
 Pape pun, saye memang dapat banyak ilmu dari lawatan ni...peace!^_^

Sunday, January 9, 2011

Apabila lelaki kacak tergoda kepada perempuan tua...



Warrrrgggghhhh!

Sangat jeles ye di sini tengok makcik cleaner ni...Tadi saje-saje tengok blog Telordibasuh ni...Suka tengok blog dia sebab dia ada banyak gambar dan cerita-cerita pelik (try la visit...^_^)...Pastu, terjumpa la satu tajuk entri ni, Aroma Ambi Pur menggoda lelaki hehe...!!!

Argghhhh! Terasa kejelesan berada di tahap tinggi...Sungguh bertuah makcik tua itu, tak aci tak aci...Hahaha...Sebenarnya gambar-gambar ni untuk iklan pencuci tandas jenama Ambi Pur...Dia nak tunjuk betapa wanginya pencuci tandas Ambi Pur tu sampai laki kacak ni pun boleh terpikat dengan makcik ni...Haishhh!!

Hmm, rasa-rasanya mesti ramai yang beli, kan? Jangan nanti makcik cleaner kat negara ni beli pencuci Ambi Pur ni semata-mata untuk menarik perhatian si teruna-teruna yang kacak...! Ouchhh!!!




P/S :: Hehe, tak salah nak membeli...Tapi jangan sampai tersalah niat ye...^_^

Friday, January 7, 2011

Diam-diam Ubi BERISI...!

Ini ubi diam-diam ubi 'BERISI', malas sebab duduk atas sofa je...hahaha...
As-salam…^_^

Waaa….Epi epi New Year! Hahaha, walaupun da seminggu berlalu tapi stil lagi di awal bulan, kan? Hehe, suke ati je…Tahun ni Intan takde la sambut New Year, Maal Hijrah Intan sambut la…Kan lebih afdal, gitu…^_^

Adeh…Diam tak diam, dah masuk Tahun 3 Semester 2 da belajar kat UTM Skudai, Johor ni…Diam tak diam jugak, semester ni Intan lebih banyak berdiam diri…Ada orang kata, diam tu maknanya orang tu tengah marah la, tengah tension la, tengah sedih la…Dan kata-kata yang paling popular, DIAM TANDANYA SETUJU…Waaaaahh!

Urgh, ape yang aku nak buat lepas ni ye...?
Tak tau kenapa…! Kadang-kadang dalam kepala ni sarat memikirkan banyak benda…Lepas tu nak buat apa, lepas ni nak buat ape...Mungkin salah satunya sebab saya ni menjadi setiausaha kelab…Kelab ape? KELAB LAMBAIAN MASYARAKAT…(Promote…promote…!) Hehehe, jawatan tu dari dulu sampai sekarang memang tak lari dari diriku yang tenang ini…(Ceh, tenang ke?) Bukan tu je, (jangan salah faham ye kelab ku sayang, saya tak salahkan awak pun sebab saya berdiam diri ni…I sayang U lebih…) kena jadi S/U untuk Global Outreach Programme jugak…

Biasa la, setiausaha ni memang banyak benda dia nak kena ingat…Pernah jugak ada orang kata Setiausaha boleh jadi Pengarah, tapi Pengarah tak boleh jadi Setiausaha…Ini disebabkan S/U selalunya tahu banyak perkara tentang sesebuah organisasi tu...Dia la yang catat minit mesyuarat, dia la yang tulis laporan...Betul tak?^o^… Tapi, sebenarnya saya suka jadi S/U…Hihi, tak tau kenapa…^o^...Mungkin sebab dapat belajar banyak soft-skills...

Yeah, i'm cool...^_^
Jadinya, kalau nampak saya berdiam diri tu bukan bererti saya marah ke, tensen ke, benci ke…Bukan gitu ye…Tapi kadang-kadang ada jugak saya diam maknanya saya marah…Tu maknanya saya malas nak cari gaduh…Keh keh keh, cakap putar belit betul…Kadang-kadang saya diam tu sebab nak elakkan diri saya dari bergosip pasal orang lain…Upss! Maaf maaf…Saya juga tidak terlepas dari melakukan kesalahan...^_^

Adakah saya kena buat ekspresi sedih seperti ini? Ehe, kalau baby ni buat comel la...kalau saya??? Hurm...
Tapi ada jugak orang kata, ekspresi muka saya ni tak boleh nak menafsirkan apa yang saya rasa…Saya marah ke, saya sedih ke, saya main-main ke, semua sama je ekspresi muka…Hurm, sedih…Sedih…>_<…Sapa-sapa yang dapat menafsir ekspresi muka saya, sila jumpa saya ye…Kalau anda tepat menjawab, anda la orang yang saya cari…Hah hah hah…


Marah ke, sedih ke, senyum je cenggini ye...
Tapi jugak, kalau saya berdiam diri tu tak bermakna jugak saya tak suka senyum…Muka asyik nak ketat je bila jumpa orang…Saya suka sangat senyum…Tapi mama pulak kata saya tak suka senyum, tu yang ramai tak berani nak dekat…Eeeeeeeehhhhh! Ye ke?? Oh nooooooo…“Mana ada mama, Intan suka senyum la…Kadang-kadang sampai lenguh muka nak senyum”…Itu la jawapan yang slalu di beri kepada mama…Ngee~~~


Ohho, mungkin saya patut senyum macam baby ni...Keh keh keh...
Atau pun saya kena paksa senyum macam kucing ni? Hurm...
Ok, kesimpulannya di sini…Saya memang suka senyum…nnnnggeeeeehh! Tak kena la dengan tajuk entri…Urm, kesimpulannya walaupun saya diam, bukan bermakna saya ni sukar di dekati…Saya suka sangat senyum, kalau saya gelak lagi la dahsyat! Hehehe…Kalau da kenal, lagi merapu saya cakap...


Senyum, tak perlu kata apa-apa, senyum...!