Thursday, January 20, 2011

The SEPians :: Lawatan Industri...^_^

Assalamu’alaikum & halosszz my frenszzz…

Aweks 3-SEP
Haaa, hari ni nak cerita pasal course Intan yang telah buat lawatan industri hari Jumaat yang lepas, kira seminggu yang lepas jugak la…Ngee~~, ingatkan nak update hari tu tapi letih sangat…Pastu, tenet lak buat hal…>_<…Hehehe, alasan betul!

Ok la, secara ringkasnya course SEP (Sarjana Muda Elektronik Perubatan, nak rasa sedap sikit panggil Medical Electronic…^o^) yang terdiri daripada Tahun 1, 2 & 3 telah bersama-sama pergi menimba ilmu dengan mengikuti lawatan industri di Kuala Lumpur dan melawat ke beberapa tempat iaitu Radicare, Alpha Specialist Centre & HUKM. Semua skali yang pergi adalah 70 orang…Ramai gak, kan? Tapi pegi ramai-ramai la yang seronok…^_^

Hehe...ni lepas kitorang solat Subuh n we are ready to go...^_^
So, pagi Jumaat tu dalam pukul 4 pagi kitorang singgah kat Masjid UTMKL untuk mandi-mandi & solat Subuh…Eh, macam ape je ayat mandi-manda...Dalam pukul 8 pagi, kitorang dah bergerak ke destinasi pertama iaitu Radicare dengan Alpha Specialist Centre…Sebelum tu kitorang dah dipecahkan kepada 2 bahagian, separuh pelajar pergi ke Radicare and yang separuh lagi pergi Alpha Specialist Centre (panjang sangat la nama de…) Jadi saya adalah orang yang tergolong orang yang pergi ke Alpha Specialist Centre…

Sampai sudeh kat Alpha Specialist Centre
Bergambar jap depan hospital ni...^_^
Alpha Specialist Centre (kita panggil ASC la ye…^_^) baru je buka kat Kota Damansara dalam 3 tahun gitu…So, kebanyakan medical devices yang diorang pakai still baru lagi…Kira banyak juga input yang dapat kat sana, even doctor and staff kat sana pun tak lokek untuk berkongsi ilmu…

Adik-adik Tahun 1-SEP yang pegi ke ASC
Bone Densitometry Scan - mengukur kandungan kalsium dalam tulang
Mammogram - mengesan kehadiran breast cancer
Dr. 'amoi' ni menunjukkan cara penggunaan mammogram yang di buat kepada pesakit.
Alat ni digunakan untuk menghalang Dr. yang bertugas daripada terkena sinaran radioaktif
Tulang tiruan ni guna tulang yang betul dengan sedikit campuran bahan lain untuk calibration pada Bone Densitometry Scan.
CT Scan (Computerised Tomography)
Kaunter utama di ASC
Gastroscopy - alat untuk melihat di dalam perut, kerongkong & duodenum
Cara nak basuh Gastroscopy...nak basuh de pun agak complicated dan kena berhati-hati.
Sebelah kiri, Cik Mitra, pensyarah pengiring kami...hehehe...sebelah kanan, ketua di ASC.

Waktu tengahari pulak, kitorang pergi ke destinasi seterusnya iaitu ke HUKM…Setibanya di HUKM tu, kitorang gi makan dulu, hahaha…Sebab dari pagi lagi kitorang tak makan nasi, jadi jawabnya tengahari tu memang la mencari nasi…Lapaaaaaaaaar!

Dalam pukul 3 gitu, kitorang di bawa masuk ke satu tempat (rasenye macam dewan kuliah kot) untuk mendengar taklimat serba-sedikit tentang Biomedical Engineering…Ceewahh, skema betul ayat…Bila dengar penerangan yang di beri, terasa bagai di suntik satu semangat baru untuk lebih menyukai course Medical Electronic ni…Walaupun background saya ni tak pernah blaja subjek Biologi (sebab dulu Sekolah Teknik, blaja elektrik je…) dan memandangkan course ni memerlukan kita belajar biologi, tapi bak kata senpai saya, "From zero to hero!" Hahaha…Saya akan berusaha untuk ke arah itu ye…^_^

Yang tengah tu engineer dari unit Biomedical Engineering di HUKM...sangat sempoi!^_^
Hurm, berbalik cerita dekat HUKM ni pulak...Agak sedey juga bila kitorang tak boleh ambil sebarang gambar semasa lawatan...Diorang nak jaga kualiti mesin diorang koooot...Tapi takpe la, tangkap gambar kat luar bangunan HUKM pun jadi la...hehehe...^_^ 

Posing kat depan ni pun jadi la...hihihihi...^o^
Geng-geng 3-SEP
The SEPians...eh,macam pelik je bunyinye...urm,biar la...hehehe...
 Pape pun, saye memang dapat banyak ilmu dari lawatan ni...peace!^_^

No comments:

Post a Comment